JP dalam METRO

Juara Printshop Dalam Harian Metro 19/07/2011

Klik Untuk Ke Link Harian Metro

 

NUR HAFMA...sediakan sampul wang raya ikut rekaan pelanggan

Hotline :  010.7770848  |  010.7760848  |  010.7750848

MOHD HANIFF...tekun merekabentuk sampul raya mengikut citarasa pelanggan

 

Oleh Kursyi Hirdan
 
DAHULU sekitar 70-an dan 80-an pada zaman emak dan nenek kita, apabila mahu memberi sedekah atau sumbangan berbentuk wang kepada seseorang, mereka menggunakan sampul surat. Ketika menghadiri kenduri-kendara, sampul surat terus digunakan dan pengamalannya ketika itu sangat popular. Orang yang menyerahkan wang tanpa sampul surat dianggap tidak beradab. Sekitar penghujung 80-an, 90-an dan sehingga kini, satu arah aliran mula muncul dalam masyarakat secara keseluruhannya. Orang Melayu sendiri seakan mengikuti budaya masyarakat Cina iaitu menggunakan sampul wang hadiah yang lebih dikenali sebagai angpau.
 
Foto
 
PILIHAN PELANGGAN...sampul wang raya eksklusif tidak hanya mempromosikan produk, malah untuk kegunaan peribadi dengan gambar sendiri dan keluarga. Sampul angpau kini sudah menjadi budaya Malaysia apabila semua bangsa menggunakannya untuk tujuan menghulurkan sumbangan dan sedekah wang peribadi. Tahun Baru Cina dan Aidilfitri adalah waktu di mana sampul wang digunakan secara meluas kerana budaya duit raya yang sentiasa diikuti turun temurun oleh masyarakat Melayu dan Cina. Sampul wang boleh dibeli di kedai atau pun pasar raya dan sekiranya bernasib baik, boleh mendapat secara percuma sampul eksklusif daripada badan korporat, pertubuhan, jabatan kerajaan dan bank. Ia selalunya menampilkan jati diri pertubuhan itu sendiri yang mana sampul wang turut dijadikan wadah promosi sebagaimana kad raya.

Tidak terfikir pula kini kita boleh mempunyai sampul wang khas diri kita sendiri. Menarikkan idea ini? Tidak perlu berjawatan tinggi atau bergelar orang popular. Siapa saja pun boleh memilikinya. Hasil yang cantik dan unik tentu saja membuatkan orang yang menerimanya mahu menyimpan dan dijadikan kenangan walaupun duit di dalamnya sudah habis dipakai. Kata hikmah dan nasihat di sampul itu boleh terus dijadikan panduan hidup.

Nur Hafma Azmin Abu Zarin, 31, merealisasikan idea menarik ini supaya sampul wang raya tampil lebih ceria. Kita boleh ada sampul wang dengan memaparkan wajah sendiri, syarikat dan idea sendiri dalam mencorakkannya. Anak jati Gombak, Nur Hafma yang menetap di Bandar Baru Bangi mempunyai kedainya sendiri, Juara Printshop yang mensasarkan bidang pencetakan. “Jadi, salah satu bidang kami ialah menghasilkan sampul wang raya. “Kami mempunyai sampul wang raya siap dan sampul yang boleh ditempah. Sampul wang raya dengan rekaan siap lebih murah yang mana pelanggan boleh menambah cetakan untuk logo dan maklumat di bahagian belakang sampul wang raya itu,” katanya. Sampul wang raya tempahan pula ialah yang dicetak mengikut reka bentuk dan rekaan pelanggan sendiri. “Sama ada kami yang menghasilkan rekaan atau pelanggan yang reka, sampul raya ini sesuai untuk mempromosikan produk atau maklumat perniagaan pelanggan masing-masing dengan pelbagai pilihan warna mengikut konsep perniagaan dan cita rasa. Ia juga boleh untuk kegunaan peribadi dengan gambar sendiri atau bersama keluarga,” katanya.

Bagaimana dengan ukurannya, adakah berbeza?
“Sampul wang raya siap hanya ada satu ukuran saja iaitu 80 milimeter (mm) x 155 mm serta sedia berpelekat. Untuk sampul wang raya yang ditempah pula ada tiga bentuk setakat ini yang setiap rekaan kami namakan SR1, SR2 dan SR3,” katanya. Nur Hafma menerangkan sampul SR1 ialah jenis pendek 80 mm x 115 mm sedia berpelekat. Sampul jenis ini memerlukan duit dilipat sebelum dimasukkan ke dalamnya. Rekaan SR2 dan SR3 pula jenis panjang, 80 mm x 155 mm yang mana duit tidak perlu dilipat. Nur Hafma, lulusan diploma multimedia mengusahakan Juara Printshop bersama suaminya, Mohd Haniff Hussin, 34, sejak Mac 2008. “Kami bermula dengan percetakan digital untuk kad nama dan poster. Kemudian mencetak secara offset untuk pelbagai produk cetakan yang lain,” katanya.

Zaman ini ahli perniagaan tidak hanya menghantar risalah dan katalog kepada orang ramai, laman web dipercayai sangat berkesan dalam mempromosikan produk. “Kami turut memasarkan produk sampul wang ini secara dalam talian melalui laman web kami www.juaraprintshop.com. Di laman sosial juga turut aktif memperkenalkan produk dan selalu memaparkan produk terkini di situ supaya pelanggan baru dan sedia ada tahu perkembangan kami. “Kami juga sentiasa menghantar pesanan ringkas SMS kepada pelanggan kami bagi pemberitahuan status promosi terkini,” katanya. Sesuai dengan keunikan yang dibawa oleh Nur Hafma dan suami, sambutan yang mereka terima amat menggalakkan, terutama menjelang musim perayaan seperti hari raya. “Pada tahun lalu disebab–kan tempahan agak banyak, kami terpaksa menolak tempahan baru pada saat saat akhir. Pada tahun ini tempahan dibuka seawal 4 Julai lagi bagi mengelakkan masalah tempahan pada saat saat akhir,” katanya. Setiap tempahan sampul raya akan siap dalam tempoh 14 hari untuk proses cetakan, pemotongan dan melekatkannya. Sampul akan siap dibungkus 10 keping bagi setiap pek untuk memudahkan pelanggan.

Bagaimana pula harganya? Bolehkah ia dimiliki oleh semua orang?
“Harga bergantung pada kuantiti tempahan dan mengikut jenis sampul wang raya itu. Sebagai contoh harga untuk sampul raya jenis SR1, minimum tempahan 500 unit berharga RM220, sangat berpatutan. Semakin besar tempahan, harga bertambah murah,” katanya yang menjalankan perniagaan di Reko Sentral, Kajang ini.Juara Printshop juga antara lain mencetak perkataan pada pen, pensel, kotak dan pemacu USB. Begitu juga tempahan khas pad tetikus dan rantai kunci dengan tempahan minimum serendah seunit saja.